04 July 2014

Betul Ke Roh Balik Rumah Setiap Bulan Ramadhan??

Orang tua-tua selalu kata yang roh orang yang telah meninggal dunia akan turun ke bumi dan menziarahi sanak-saudaranya.Sampaikan ada segelintir manusia tu sanggup buka semua lampu yang ada di rumah gara-gara takutkan roh yang akan datang. Masyaallah...ada juga orang macam ni kan..huhuhu..

Yang sebenarnya, roh orang mati berada di satu alam lain yang dinamakan alam barzakh di mana kehidupannya jauh beza dengan kehidupan di dunia. Perkara ini telah disebut oleh ulama tersohor iaitu Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi. Dalam satu hadis telah menyatakan, hanya 3 perkara sahaja yang menghubungkan dunia dengan roh iaitu sedekah,ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak-anak yang soleh.

So, korang janganlah salah anggap tentang roh balik rumah korang dan lihat semua tingkah laku korang...ok xpe, untuk buatkan korang semua faham teruskan membaca...hehehe

Dakwaan roh pulang ke rumah adalah TIDAK BENAR. Jika ada yang pernah melihat mahluk menyerupai si mati atau terdengar suara menangis,menurut ulama ia bukanlah roh sebaliknya jelmaan jin dan syaitan. Tetapi seperti yang kita semua tahu di bulan Ramadhan jin dan syaitan telah dirantai. Mungkin itu adalah beberapa mahluk yang dibebaskan untuk menguji kita.( boleh dirujuk pada firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mukminun ayat 99 dan 100) Wallahualam...

Tetapi ada juga ulama yang berpendapat,roh yang mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur melalui mimpi. Fakta lain pula,roh tidak boleh kembali kedunia dan manusia tidak boleh ke alam barzakh tanpa sebab.

Kalau kita beranggapan roh orang yang telah mati boleh kembali ke dunia serta ke sana dan ke mari,seolah-olah di alam barzakh tiada seksaan kubur,tiada balasan dan roh-roh ini hidup bebas keluar masuk ke dalam dunia. Aggapan tersebut salah sama sekali.

Oleh itu, kita harus yakin dan percaya roh si mati tidak pulang ke dunia untuk menziarahi keluarga,rumah, kubur dan sebagainya....





 

1 comment:

HAI..boleh tinggalkan kata-kata
semangat anda di sini..