04 July 2014

Betul Ke Roh Balik Rumah Setiap Bulan Ramadhan??

Orang tua-tua selalu kata yang roh orang yang telah meninggal dunia akan turun ke bumi dan menziarahi sanak-saudaranya.Sampaikan ada segelintir manusia tu sanggup buka semua lampu yang ada di rumah gara-gara takutkan roh yang akan datang. Masyaallah...ada juga orang macam ni kan..huhuhu..

19 June 2014

Siapa Juara Ceria Popstar???

Jeng..jeng...jeng...siapa agaknya yang akan menjuari Ceria Popstar kali ini?? Adakah peserta solo, berkumpulan, lelaki ataupun perempuan..semua persoalan menjadi tanda tanya.Aku lihat semua perserta yang terpilih pada musim ni sangat hebat..saingan pun sengit. Walaupun adik2 kita ni masih berusia muda, tapi vokal dorang peeergghhh memang terbaik dari ladang la. Kalau la suara aku semerdu dorang..hahaha..bukan nak kata suara aku x merdu, cuma cukup2 makan..alhamdulillah bersyukur... 

18 June 2014

Pelakon Iklan Kit Kat Nabil Abdul Meninggal Dunia (page 8)

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Nabil Abdul yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 10.30pagi semalam akibat kanser lympomo.Aku dapat berita ni pun dari blog media hiburan. Mungkin ada yang tertanya-tanya yang mana satu Nabil Abdul ni?? Ikan Kit Kat banyak keluar dekat tv..ha..kalau korang nak tahu, Allahyarham pernah membuat iklan Kit Kat bersama dengan M.Nasir beberapa tahun dulu..ingat tak??Ala... yang M.Nasir pegang watak sebagai Hang Tuah tu..haaaa..tu la dia.

05 June 2014

Rindukan Masa Lalu (Page 7)

Assalammualaikum....Yes setiap manusia mempunyai masa lalu yang tidak dapat dilupakan. Tidak kira la masa lalu tu kenangan manis ataupun pahit. Tiba-tiba aku teringatkan kawan-kawan aku di masa aku susah senang dahulu. Maklumlah time2 tengah nak naik dulu aku ni nakal sikit...mula nak belajar hidup berdikari aku menyewa rumah dengan member aku. Macam-macam dugaan yang aku dan membe aku alami...ingatkan duduk luar dari keluarga senang dan bebas tapi aku silap, nak makan pun susah...tapi memang kenangan tu aku tak dapat lupa dan buatkan aku menjadi lebih matang.

28 May 2014

Diari Perjalanan Cinta Luar Biasa (part 2)

Pada suatu hari, nenek Anggun merasa sangat hairan sebab Anggun tidak keluar dari biliknya untuk makan malam sehingga jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Nenek Anggun rasa tidak sedap hati,lalu dia segera pergi ke bilik Anggun dan melihat Anggun yang sangat lemah terbaring kaku di atas tilam. Suhu badan Anggun sangat panas dan badannya menggigil seperti orang kesejukan...nenek Anggun menjadi risau dan tidak tahu apa perlu buat.Oleh itu, nenek Anggun segera berlari-lari anak pergi mendapatkan suaminya yang sedang tidur.

22 May 2014

Diari Perjalanan Cinta Luar Biasa (PART 1)

Disebuah kampung yang sangat cantik permandangannya dan juga nyaman, diduduki oleh penduduk kampung yang sangat baik hati dan juga peramah. Suana kampung yang begitu hijau dengan pokok-pokok kelapa yang tinggi serta sawah padi yang luas terbentang. Sesiapa sahaja yang datang ke kampung itu pasti akan jatuh cinta dengan kecantikan dan keindahannya.Sungguh besar kekuasaan-Mu.....

17 May 2014

Sifat Hasat Dengki, Cemburu Dan Busuk Hati Manusia (page 6)

Assalammualaikum.

Setiap manusia mempunyai perangai dan juga sikap yang berbeza-beza. Sama ada ianya baik mahu pun buruk. Kadang-kadang 3 sikap di atas ni boleh menguasai diri bila seseorang itu ingin mendapatkan populariti dan juga kenaikkan pangkat sehinggakan kawan sendiri pun boleh dijadikan mangsa. Orang macam ni tidak pikir panjang dan juga tidak sedar akan balasan yang akan diterima pada masa akan datang.
Perkara sebegini sering sahaja berlaku bila perasaan takbur penuh dalam diri sehinggakan kebaikkan kita tidak langsung dilihat malah hanya lihat keburukkan.

16 May 2014

Kehilangan Seorang Sahabat (Page 5)

Perasaan sedih je yang dapat digambarkan sekarang ni sebab hari ini aku kehilangan seorang kawan sangat rapat sepanjang aku bekerja di syarikat yang aku berkhidmat sekarang ni. Pagi2 lagi aku telah dipanggil oleh seorang yang boleh dikatakan sangat busuk hatinya untuk membuat notis perletakan jawatan awal. Notis itu bukanlah untuk aku tapi untuk kawan baik aku sendiri @ (kak R). Bagi korang, tergamak ke nak buat surat perletakan jawatan untuk kawan sendiri?? x kn...hanya perasaan sedih je la dapat aku pendam dalam hati masa ni.

12 May 2014

Alhamdulillah (page 4)

Ya Allah happynye hati ni bila dengar bunyi enjen kereta asben..makna nya die dh balik. hati aku ni punya la berdegup laju takut2 dia marahkan. Sekali bila dia masuk dalam rumah, aku punya la terkejut giler biler dia bawa balik biskut Oat sampai 5 bundle.Patutnya aku yang kena pujuk dia tapi ni terbalik la plak..dia pujuk aku. Hahaha..dia memang tahu yang aku suka sangat makan biskut tu. Thanks sayang..love u so much..tu je yang dapat aku katakan masa tu. 

10 May 2014

Rasa Berdosa (page 3)

Hari ni pagi2 Amoy dah bangun untuk kemas rumah dan masak utk suami serta anak2 tersayang. Maklumlah hari sabtu dan ahad Amoy cuti..sama la dengan si suami. So hari cuti je la yang kami dapat bersama. Nak di jadikan hal pagi ni Amoy mengamuk x tentu pasal dengan hasben Amoy sebab hasben dapat col dari office dia suruh dtg sebab ade keje yang x settle lg. Nak dijadikan cerita....

09 May 2014

Alhamdulillah Hari Jumaat Yang Tenang (page 2)










Assalammualaikum..salam Jumaat semua, semoga korang semua dilimpahi Rahmat. Hari ni Amoy happy sangat sebab xde stress yang mengganggu Amoy kat tempat kerja. Kalau x selalunya ade je orang yang akan hilangkan mood Amoy pagi2 buta. Mana rezeki nak masuk ye tak??

08 May 2014

1st Time Buat Blog Untuk Luahkan Perasaan (Page 1)

Assalammualaikum... terlebih dahulu saya nak perkenalkan diri saya sebagai "Amoy" je untuk panggilan yang singkat. Ok ini adalah kali pertama Amoy buat blog untuk luahkan perasaan Amoy. Sebelum ni Amoy ada gak blog tp itu untuk Public la. Blog yang ni Amoy just nak share2 je dgn org kat luar sane tentang perasaan Amoy.