05 June 2014

Rindukan Masa Lalu (Page 7)

Assalammualaikum....Yes setiap manusia mempunyai masa lalu yang tidak dapat dilupakan. Tidak kira la masa lalu tu kenangan manis ataupun pahit. Tiba-tiba aku teringatkan kawan-kawan aku di masa aku susah senang dahulu. Maklumlah time2 tengah nak naik dulu aku ni nakal sikit...mula nak belajar hidup berdikari aku menyewa rumah dengan member aku. Macam-macam dugaan yang aku dan membe aku alami...ingatkan duduk luar dari keluarga senang dan bebas tapi aku silap, nak makan pun susah...tapi memang kenangan tu aku tak dapat lupa dan buatkan aku menjadi lebih matang.


Aku ingat lagi dulu, dengan berbekalkan motor skuter ego..hahaha..aku dan kawan2 aku hidup dengan merantau jauh walaupun ktorang terpaksa mandi dan tidur di surau ataupun tempat2 yang boleh ktorang singgah. Yang paling best ktorang tumpang mandi di hospital..hahaha...masa tu memang pahit sangat sebab dah puas cari kerja tapi x dapat2 sehingga la aku dapat kerja di sebuah cafe yang sangat mewah. Masalah makan tak ada masalah lagi bagi kami sebab bila dah kerja kat cafe korang paham2 je la makanan semuanya F.O.C..bedal je la ape yang ada. Sampaikan bos aku pun pelik sebab customer x ramai tapi makanan licin.....hehehe

Sejak aku hidup berdikari baru aku tahu macam mana susah senangnya mak bapa aku mencari rezeki untuk membesarkan aku..hujan panas pun redah untuk mencari sesuap nasi. Memang rindu giler la time2 dulu..kalau bab excident jangan cakap la..memang dah jadi macam 1 trend plak..lepas aku kena member aku plak..pastu member aku lg 1..pastu lagi...dan lagi...hehehe..sampaikan masa aku kemalangan dulu member2 aku semua ingat aku dah mati sebab motor aku yang aku sayang sangat dah patah tang hendle..tayar semua habis remuk...tapi alhamdulillah aku dipanjangkan umur.


Masa aku dapat sewa bilik rumah kedai memang aku happy sangat sebab sebulan sewa RM200..so aku tong2(share) dengan member aku. Kalau dah rumah kedai paham2 je la berapa banyak bilik kat atas rumah tu. Yang menyewa kat situ rata2 semuanya remaja lagi..masing2 hidup merantau macam aku. Kalau masing2 balik dari kerja jangan cakap la riuh 1 deret tu macam orang buat kenduri. 1 perkara yang paling aku x suka tentang toilet. Bila time nak pergi kerja masing2 semua berebut nak masuk toilet..yang tuan rumah ni pun kedekut giler..bilik sewa banyak tapi toilet die boleh sediakan 2 je..Ya Allah..aku kalau bab2 cam ni aku geli sikit bila nak kongsi toilet dengan orang yang aku x kenal..aduhhh...bercinta mak...nak x nak dari aku x mandi aku kuatkan juga la...huhu

Bila teringat balik zaman2 dulu, aku boleh tergelak sorang2...Rindu sangat dekat kawan2 aku semua..kalau la diberi peluang aku bertemu semua dengan korang alangkah best nya.Sekarang masing-masing sudah pilih hala tuju sendiri..puas aku cari dorang semua di tempat biasa ktorang lepak2 dulu tapi x jumpa...no telefon lagi la semua xde lagi dalam perkhidmatan..aku harap sangat dapat jumpa korang...RINDU... :(


No comments:

Post a Comment

HAI..boleh tinggalkan kata-kata
semangat anda di sini..