28 May 2014

Diari Perjalanan Cinta Luar Biasa (part 2)

Pada suatu hari, nenek Anggun merasa sangat hairan sebab Anggun tidak keluar dari biliknya untuk makan malam sehingga jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Nenek Anggun rasa tidak sedap hati,lalu dia segera pergi ke bilik Anggun dan melihat Anggun yang sangat lemah terbaring kaku di atas tilam. Suhu badan Anggun sangat panas dan badannya menggigil seperti orang kesejukan...nenek Anggun menjadi risau dan tidak tahu apa perlu buat.Oleh itu, nenek Anggun segera berlari-lari anak pergi mendapatkan suaminya yang sedang tidur.


Hujan yang turun dengan lebat beserta petir pada malam itu membuatkan atuk dan nenek Anggun bertambah risau. Disebabkan rasa sayang yang sangat tebal di dalam hati seorang atuk kepada cucunya, dia bergegas lari mendapatkan basikal tuanya di luar rumah.. Nenek Anggun terkejut lalu menjerit dengan kuat untuk menghalang suaminya pergi membeli ubat di klinik yang terletak di Pekan kerana keadaan cuaca sangat teruk.

Nenek   : "Jangan pergi bang..hujan lebat kat luar tu"
Atok     : " tak apa neneknya...demi cucu aku tu aku sanggup korbankan nyawa aku, kau duduk rumah jaga                  si Anggun..aku pergi tak lama"
Nenek   : "Hati2 bang...jangan kayuh basikal laju sangat..jalan licin"

Tiba-tiba Anggun keluar dari bilik sambil berlari dan terus memeluk erat tangan atuknya. Kilat sambar menyambar di langit yang gelap. Bunyi hujan yang jatuh di atas atap membuatkan suasana terlalu bising.

Anggun  : " Atuk tolonglah jangan pergi...Anggun tak apa2 tuk..Anggun kuat dan masih boleh bertahan"                          (sambil mengalirkan air mata)
Atuk : " Cucu atuk kan tak sihat, atuk mesti belikan ubat untuk Anggun...atuk nak lihat cucu atuk ni                           sihat..nanti boleh jaga nenek dengan atuk" ( sambil membelai rambut Anggun)

Dalam keadaan yang gelap dan hujan lebat, atuk pergi meninggalkan Anggun dengan berbekal payung yang sudah koyak sedikit untuk menutup kepalanya dari air hujan. Anggun dan neneknya berpelukkan kerana sangat risaukan keselamatan atuk.Betapa besarnya pengorbanan seorang atuk, walaupun Anggun itu hanya cucunya...



Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 mlm..tapi atuk masih tidak pulang2 lagi. Hati dua orang wanita yang bergelar isteri dan juga cucu mula risau dan tidak tentu arah. Anggun yang terbaring di atas tilam sambil ditemani neneknya beberapa kali bangun dan melihat di muka pintu.

Anggun : Nenek mana atuk ni x balik2 lg..Anggun risau la ( sambil menangis)
Nenek  : Sabar cu..nnt atuk balik la..hujan kat luar tu, mungkin atuk kau berteduh dulu di mana2. (mula risau               dan gelisa sama)

Hujan mula turun dengan lebatnya...BERSAMBUNG


  

No comments:

Post a Comment

HAI..boleh tinggalkan kata-kata
semangat anda di sini..