22 May 2014

Diari Perjalanan Cinta Luar Biasa (PART 1)

Disebuah kampung yang sangat cantik permandangannya dan juga nyaman, diduduki oleh penduduk kampung yang sangat baik hati dan juga peramah. Suana kampung yang begitu hijau dengan pokok-pokok kelapa yang tinggi serta sawah padi yang luas terbentang. Sesiapa sahaja yang datang ke kampung itu pasti akan jatuh cinta dengan kecantikan dan keindahannya.Sungguh besar kekuasaan-Mu.....


Bermulanya cerita,terdapat seorang gadis yang cantik dan lemah lembut tinggal bersama nenek dan atoknya sejak dari kecil lagi bernama Anggun. Matanya yang bulat dan anak mata bewarna coklat serta rambutnya panjang ikal mayang membuatkan ramai penduduk kampung yang sukanya. Setiap kali Anggun sedih dan gembira nenek dan atoknya akan sentiasa berada disampingnya. Sehinggakan pakcik dan makcik Anggun merasa sangat cemburu kerana kedua orang tuanya memberikan kasih sayang dan perhatian kepada  Anggun.

Ibu bapa Anggun pula tinggal jauh pendalaman dari rumah nenek Anggun. Disebabkan faktor kemiskinan, Anggun terpaksa berjauhan dari kedua orang tuanya dan kurang mendapatkan kasih sayang dan belaian dari seorang ayah serta ibu. Tetapi Anggun berasa sangat bersyukur kerana perolehi nenek dan atok yang penyanyang dan telah menjaga Anggun seperti anak sendiri.


Setiap hari Anggun pasti akan bersiar-siar dan minum kopi di warung bersama atoknya dengan menaiki basikal. Setiap kali Anggun memboceng basikal bersama atoknya, dia akan mengalirkan air mata dan rasa sangat terharu kerana walaupun atok kesayangannya itu sudah uzur,sedaya upaya atoknya menghabiskan tenaga untuk kayuh basikal agar si Anggun bersana gembira. Walaupun usia Anggun masa itu baru sahaja 7 tahun, tapi fikiran dan hatinya sudah remaja.Sambil gelak ketawa mereka berlalu menikmati udara yang nyaman...Anggun telah berjanji dalam dirinya untuk menjadi cucu yang terbaik dan akan menjaga atok serta neneknya hingga akhir hayat....BERSAMBUNG...




*Nantikan sambungan cerita yang seterusnya......terima kasih kerana sudi baca entri ni*

No comments:

Post a Comment

HAI..boleh tinggalkan kata-kata
semangat anda di sini..