Setiap manusia mempunyai perangai dan juga sikap yang berbeza-beza. Sama ada ianya baik mahu pun buruk. Kadang-kadang 3 sikap di atas ni boleh menguasai diri bila seseorang itu ingin mendapatkan populariti dan juga kenaikkan pangkat sehinggakan kawan sendiri pun boleh dijadikan mangsa. Orang macam ni tidak pikir panjang dan juga tidak sedar akan balasan yang akan diterima pada masa akan datang.
Perkara sebegini sering sahaja berlaku bila perasaan takbur penuh dalam diri sehinggakan kebaikkan kita tidak langsung dilihat malah hanya lihat keburukkan.
Bila perasaan dengki penuh dalam hati, mulalah timbul pula perasaan permusuhan dan juga kebencian. Sikap marah pula telah membuak-buak sehinggakan sanggup melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pergaduhan sesama manusia. Manusia sebegini boleh dikatakan seorang yang suka berdendam apabila hatinya telah disakiti dan sukar untuk dia memaafkan seseorang. Sepatutnya, bila kita sedang marah kita perlu kawal emosi dan juga beristifar agar hati kite kembali tenang. Semua orang tahu bahawa ayat suci Al-Quran boleh tenangkan hati yang sedang marah, gelisah dan juga memberi pertunjuk. Tiada manusia yang sempurna...
Semua manusia inginkan kemewahan btl x? Tapi bukan dengan cara menjatuhkan orang lain dan melaga-lagakan agar orang itu keluar dari zon yang dirasakan akan menjatuhkan dirinya dan takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan yang dikejarnya. Kita tidak selalunya berada di puncak..jika kita ikhlas melakukan sesuatu insyaallah kita akan mencapai apa yanag terbaik untuk kita. Tinggalkanlah sikap busuk hati itu agar diri anda merasa lebih tenang dan disayangi ramai.
Manusia yang berhati mulia akan ditempatkan dengan orang-orang yang mulia dan segalanya akan dibalas dengan baik...insyaallah....
No comments:
Post a Comment
HAI..boleh tinggalkan kata-kata
semangat anda di sini..