16 May 2014

Kehilangan Seorang Sahabat (Page 5)

Perasaan sedih je yang dapat digambarkan sekarang ni sebab hari ini aku kehilangan seorang kawan sangat rapat sepanjang aku bekerja di syarikat yang aku berkhidmat sekarang ni. Pagi2 lagi aku telah dipanggil oleh seorang yang boleh dikatakan sangat busuk hatinya untuk membuat notis perletakan jawatan awal. Notis itu bukanlah untuk aku tapi untuk kawan baik aku sendiri @ (kak R). Bagi korang, tergamak ke nak buat surat perletakan jawatan untuk kawan sendiri?? x kn...hanya perasaan sedih je la dapat aku pendam dalam hati masa ni.


Sampai sekarang aku dan juga lagi 3 orang kawan baik iaitu A.S dan kak B tak tahu apa salah kak R sampai dilakukan sampai macam tu sekali. Walaupun kak R ada menyakitkan hati si busuk hati tu, apalah salahnya kalau dimaafkan dan bersikap profesional!!. 

Memang sedih sangat sebab kami telah mengharungi suka duka bersama selama 3 tahun. Jika salah seorang dari kami mengalami masalah atau dalam keadaan sedih, kak R ni la yang selalu dijadikan sahabat utk kami meluahkan perasaan dan mendapatkan nasihat.Bagi korang yang mempunyai persahabatan yang kuat akan paham perasaan aku.


Kak R memang seorang yang lembut dan mudah tersentuh hati. Bila diperlakukan macam ni oleh si busuk hati, siapa  x kecil hati dan sedih?? kalau aku kena pun aku akan sakit hati. Bila kita dah sakitkan hati orang lain dan luka tu sangat dalam serta pedih, bukan mudah seseorang tu untuk memaafkan. Salah seorang sahabat aku akan berjauhan selepas ni..bukan senang kita nak perolehi sahabat yang 1 kepala dengan kita. Tiada seorang pun yang boleh mengganti tempat Kak R. 

Tapi syukur alhamdulillah kak R mendapat pekerjaan lain untuk menampung kehidupan dia sekeluarga. Dia bukan orang senang..semuanya bawah tanggungan dia. Aku doakan semoga kak R lebih baik dan tenang berada di tempat baru nanti daripada dikelilingi dengan orang2 yang penuh hasat dengki.


Harap lepas ni kak R x lupakan aku dan kawan2 yang lain. Xde la dengar lagi gelak ketawanya..walaupun dia seorang yang lembut tapi bila kena cubitan daripadanya memang meninggalkan kesan seperti kenangan aku dan dia.. segala kenangan pahit manis selama 3 tahun bersama kak R akan ku ingat sampai bila-bila. Tiada wang,emas dan harta yang dapat aku serahkan pada kak R untuk dijadikan kenangan..cuma kenangan2 yang indah je dapat disimpan dalam hati. Munkin lepas ni kehidupan kak R lebih bahagia dan senang...amin..

*****Miss u always SAHABAT*****













2 comments:

  1. terima kasih atas persahabatan, terima kasih atas kasih sayang, terima kasih utk kenangan terindah selama 3 thn ini... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak..smoga semuanya menjadi kenangan abadi kite..jgn lupekan ktorg nnt ye.. :(

      Delete

HAI..boleh tinggalkan kata-kata
semangat anda di sini..